VISI

Manjadi Sebuah Pasukan Sukarelawan yang unggul.                                                                                     

MISI

Menyediakan sebuah pasukan sukarela sebagai penyumbang rakyat dan keselamatan setempat.  

OBJEKTIF

Memelihara dan mengekalkan rakyat serta keamanan dan keselamatan setempat dengan berkesan.

MOTO

Setia Berbakti.

 

PENGENALAN

Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) telah ditubuhkan sebagai sebuah jentera keselamatan kerajaan

berbentuk sukarela pada 11 Januari 1972 dibawah Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 Peraturan-peraturan

Perlu (Ikatan Relawan Rakyat Malaysia) (pindaan) 2005.

PERANAN RELA

Anggota-anggota RELA telah dilatih dan diberi kesederan bahawa kewujudan RELA adalah sebagai lankah Kerajaan untuk menggembleng tenaga rakyat jelata

dalam menghadapi situasi kecemasan/darulat yang boleh mengancam kedaulatan dan kemerdekaan Negara.

KEANGGOTAAN

Pertambahan bilangan anggota RELA dari setahun ke setahun membuktikan RELA berfungsi sebagai penghubungan kepada kerajaan dan rakyat menjadikan

RELA sebagai sebuah agensi yang penting dan sangat diperlukan.

SYARAT-SYARAT AM

Syarat-syarat Am untuk menjadi anggota RELA

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur 16 tahun ke atas

3. Sihat tubuh badan

FAEDAH-FAEDAH

1. Insuran berkelompok percuma

2. Rawatan di hospital, pusat kesihatan kerajaan

3. Pakaian seragam

4. Latihan di pusat latihan RELA.

LATIHAN

Program latihan bertujuan:

1. Membina kesedaran dan semangat cintakan agama, bangsa dan negara

2. Menanam semangat disiplin yang tinngi serta ketahanan fizikal dan mental anggota-anggota.

3. Menyampaikan ilmu pengetahuan untuk membolehkan anggota RELA menjalankan tugas dan kewajipan dengan cekap dan berkesan.

4. Memupuk semangat kerjasama dan setiakawan.

5. Ketahanan Nasional.

6. Meningkatkan professionalisme dalam penugasan.

KURSUS-KURSUS

Kursus-kursus anggota RELA:

1. Kursus Pengenalan (Talimat Pengenalan)

2. Kursus Asas RELA

3. Kursus Asas RELAWATI

CARA MEMOHON

Dapatkan borang permohonan Keanggotaan RELA secara percuma di semua pejabat RELA Negeri dan Daerah.:

 

Sebarang pertanyaan sila hubungi:                                                                                   

Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Kemeterian Dalam Negeri)

Pejabat RELA Daerah Bintulu, Wisma Persekutuan Fasa 2, Tingkat Bawah, Peti Surat 1590, 97000 Bintulu, Sarawak, Malaysia

Contact Person: LT. KOL (RELA) Abdul Rashid Bin Ibrahim (Pegawai RELA Daerah Bintulu)

Tel: 086-333 560   Fax: 086-337 603   HP: 019-857 7410

Atau email ke abdulrashidibrahim51@yahoo.com

 

Back to Sarawak Home Page